Menjana peribadi ke arah SIFAR maksiat

31 July 2014

bersederhana lebih membahagiakan..

Berkenaan raya..
Apa yg dimaksudkan "perbelanjaan persiapan raya"?
Memang satu keperluan ke suami berikn pd isteri?
Apa perkara yg termasuk dlm "perbelanjaan persiapan raya"?
-Baju raya?
-duit raya?
-kuih raya?
-kelengkapan rumah?

Owh sy xfaham istilah itu. Sy sediakan sendiri je...
Syukur seadanya...

08 February 2014

Menangislah sepuasnya..
Jika itu menenangkan hatimu..

12 December 2013

butiran kaca dihati lahirnya membasahi pipi

Air mata ini,
sudah berapa kali ditumpahkan,
walau cuba di tahan,
ia tetap mengalir,
panasnya terasa membasahi pipi..

Air mata ini,
tumpahnya tidak diminta,
mengalirnya tanpa dipaksa,
tidak mampu ditahan,
tamsilan dari hati yg terguris..

Menangislah duhai hati..
moga itu menenangkan kamu..

11 December 2013

secawan horlicks di ptg hari

Wahai lelaki,
kau mengajarnya untuk mengenal erti sabar,
tetapi setelah di uji pd susuk tubuhmu,
cepat benar engkau melatah,
begitu mudah engkau hilang pertimbangan,
begitu mudah engkau membuat keputusan,
begitu mudah kau ketepikan rasa hati wanitamu,
asalkn sabarmu tidak teruji lagi,
Bukan tidak kau ikhtiar,
sudah kau lakukan bermacam,
tapi kerana kau lupa erti sabar,
perasaannya menjadi mangsa,
sungguh kalau kau tahu,
sakitnya hati itu. . .

(tiada kena mengena.hanyalah ulasan bacaan buku di ptg hari rabu)